Cristina Suzanne (pelakon)

Cristina Suzanne Stockstill (juga dikenali sebagai Cristina atau Crissie; lahir 22 Januari 1985)[lower-alpha 1] ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Dilahirkan kepada ibu Melayu dan bapa Jerman, Cristina Suzzanne memulakan kerjaya penerbangannya sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia dan Qatar Airways, seterusnya memulakan kerjaya lakonannya pada 2006 menerusi filem My Indie Rock Darling. Beliau telah berjaya mendapat pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi penglibatannya dalam filem KIL bersempena majlis Anugerah Skrin 2013. Selepas memenangi anugerah tersebut, beliau menyertai 19 delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik ke-56 yang berlangsung di Makau dan The ASEAN International Film Festival And Awards (AIFFA) 2015 .Pada acara Festival Filem Malaysia ke-26, beliau mendapat pengiktirafan Pelakon Harapan Wanita Terbaik.

Cristina Suzanne (pelakon)

Pekerjaan Pelakon, model
Pasangan M Faiz Zakaria (berkahwin 2018)
Tahun aktif 2003–kini
Nama lain Kris Cempaka, Crissie
Warganegara
Kelahiran
Cristina Suzanne Stockstill

(1985-01-22) 22 Januari 1985 (umur 36)